Pink Diamond

Sunday 30 March 2014

Jatuh Bangun Dalam Kehidupan

Jatuh bangun kehidupan


Hati..

Bahagian paling sukar difahami.

Bila bibir mngukir senyum, belum tentu dia bahagia.

Bila air matanya mengalir tanpa dipaksa, belum tentu dia derita.

Hatinya. Hati itu sukar difahami bahasanya.

Kadang menghegeh mencari ruang.

Menebar rasa yang lama terpendam.

Mencari ruang untuk menyembuh.

Dek luka semalam.



Belum sembuh, barangkali.



Jiwa..

Luka semalam yang belum terbaiki kau jengah semula.

Perit lagi ya?

Jangan kau simpan diam-diam dalam dada.

Luahkan.

Luahkan satu-satu dalam sujudmu yang lama.

Moga jiwa-mu yang kekeringan membasah semula dalam redhaNya.



Sukar kan.

Memapar senyum.

Membalas tawa.

Saat diri terbenam dalam duka.

Kau sendiri pernah rasa kan?



Karena itu.

Kita, jangan sesekali cemuh hidup orang.

Kita, jangan sesekali hina hidup orang.

Jatuh bangun dia. Naik turun dia.

Cuma Allah tahu.

Dia struggle doplohpatjam sikit pun kita tak pernah tahu.

Kita main aci redah bising-bising komen pasal dia. Sikit pun tak menambah iman kita.

Berhentilah.

Allah lebih tahu apa lebih baik untuk hidup dia.

Doakan dia, moganya malaikat mendoakan kita semula.



Dulu, pernah ada yang bilang,



“Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, but He knows something greater. Keep walk. Head up. Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya.”





Ketahui-lah.

Tiap perasaan yang kita ada, Allah yang ciptakan.

Maka, tika mana engkau lelah dengan apa jua perasaan yang ada, bicaralah sama Dia.

Puas. Kau akan puas.

Kerana atas atas izinNya perasaan ini ter-lahir dan hilang.

Sungguh, Dia pasti menitipkan kekuatan dari arah yang kau tak sangka-sangka.

Bisik sama hati,



“Tuhan, aku tahu semua ini tidak sia-sia”.



Satu benda kau kena faham.

Satu benda.

Kita ini, bukan kuat mana.

Bukan tabah mana.

Bukan cekal mana.

Tegar, tabah, cekal, kuat itu Allah yang bagi.

Kalau Tuhan tak bagi segala jenis kekuatan tu, nak bukak mata pun kau tak larat.

Ingat Tuhan. Cari Tuhan.



Lalu, saat kau pasrah dan putus-kan,



“Malas nak fikir. Let the time decide. Betul ke gitu kak? ”

“Sayang, masa tak pernah menentukan apa-apa. Allah yang atur. Dengan izin-Nya. Tentang apa jua. Cuma masa itu memberi peluang utk kita usaha, doa, dan memperbaiki diri. Masa itulah yang Allah peruntukkan buat kita merawat hati.”

Moga nanti kan kau fahami.

Hikmah-hikmah yang teralir.

Moga  jatuh bangun kita ini nanti kan men-senyumkan kita di

Syurga.



“Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku” [Maryam:4]



Thursday 13 March 2014

Surat Cinta Untuk Jiwaku


hari ini syakir nak share satu surat cinta yang syakir jumpa kat internet .. agak menarik untuk difahami oleh korang semua :)




Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.



Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya.



Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.



Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.



Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.



Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah? Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan.



Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.



Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya



"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "



Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat- sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah".




Tuesday 11 March 2014

Surat Untuk Bakal Isteri :D




Surat ini saya tulis untuk awak. Ya, untuk awak yang tengah baca post ini. Saya tak tahu siapa awak, di mana awak sekarang ni..cuma apa yang saya harapkan awak tenang membaca post ini.



Sebelum kita bakal diijab kabulkan, ada beberapa soalan yang saya nak tanya.

Awak,sudah sedia ke awak untuk jadi isteri dan ibu kepada anak saya?
Bukan apa, orang kata tanggungjawab bila dah kahwin lain nak bandingkan masa bujang. Manalah tahu, kalau saya tegur nanti, awak cepat merajuk. Lepas tu tak nak masak, jenuh saya nak pujuk nanti. Tapi kalau awak dah bersedia, insha allah, rumah tangga kita bahagia.

Bercakap pasal anak, saya tak kisah dapat berapa pun. Lagi ramai lagi meriahkan, lebih-lebih lagi anak-anak comel macam awak Bab-bab nak mendidik anak tu awak jangan risau kalau mereka perangai degil dan nakal. Awak jangan lupa, saya kan suka budak2. Saya dah masak dengan perangai budak-budak. Cuma apa yang saya nak bagitahu, walaupun awak dan saya sama-sama bekerja, tapi jangan lupa tanggungjawab untuk bersama mereka. Layan kerenah, dengar masalah diorang, pujuk bila diorang merajuk. Ala, macam awak dulu-dulu merajuk.


Untuk pengetahuan awak,saya sekarang ni cuba nak tambah lagi ilmu agama dalam diri. Mudah-mudahan dapat membantu saya untuk membimbing awak dan anak-anak. Biar mereka boleh membaca al-quran dengan fasih, boleh menjadi imam dalam solat. Insha allah, kita akan jadikan mereka hamba Allah yang soleh dan solehah. Doakan saya supaya sentiasa istiqamah dalam mendalami ilmu agama ini.

Setakat ini dulu lah surat saya untuk awak. Sama ada awak dah bersedia atau belum, terpulanglah pada awak. Jika awak belum bersedia, saya setia menanti di sini. Sekali lagi, jika awak yang terbaca surat ini, jangan lupa bagi clue sikit siapa awak. Agaknya mana awak ketika ini ye. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Sekian.

P/S : Terasa macam poyo pulak publish post ni..haha. Kali pertama guna “saya” tulis post semata-mata untuk awak. Ya, awaklah : )