Pink Diamond

Tuesday 15 July 2014

cinta platonik



Cinta Platonik?


Apa itu cinta platonik? Cinta platonik itu adalah satu perasaan intim diantara kawan yang berlainan jantina. But bukan macam couple yang memang bercinta. Ini sangatlah lain.

Mostly cinta platonik ni wujud terhadap individu yang bersahabat terlalu rapat dengan individu yang berlainan jantina. Dan rasenye ramai yang mempunyai rasa cinta platonik ni tanpa sedar.

Adakah cinta platonik ni boleh cenderung kepadA seksual? Jawapannya tidak, sebab cinta platonik ini hanya lebih mementingkan "closeness" antara mereka. Why? Sebab sebolehnye mereka yang mempunyai rasa cinta platonik ini akan protect 'sahabat' mereka sebaik mungkin.

believe or not? Mereka yang ade cinta platonik ini sanggup korbankan rasa cinta itu sendiri demi sahabat mereka.

Aku percaya orang lain pon mesti ade cinta platonik macam aku, dan aku berani cakap cinta platonik ni sangat berbeza dengan cinta biasa. Kenapa aku yakin sangat? Sebab aku dah rasa kedua-duanya. Heheheh. Syukur diberi peluang. Walau hanya sementara.

Apa bezanya? Okay bila terjebak dengan cinta platonik, kamu akan sedaya upaya nak protect kawan kamu,walaupon die tak pernah perasan dengan tindakan kamu. Kamu mencintai die,tapi bila kamu mengerti bahawa sahabat kamu mencintai orang lain,kamu tetap terima dan sedaya upaya tolong untuk bantu sahabat kamu. Walaupon kamu tahu bahawa orang yang sahabat kamu cintai itu tidak pernah menyukainya,dan kamu tahu akhir nanti kawan yang kamu cintai akan dilukai.

Selain itu, kamu akan cube memahami dan meminati perkara yang kawan kamu sukai. Walaupin kmu sendiri tidak pernah tahu dan meminati apa yang kawan kamu minati itu,tetapi tetap cuba memahami walaupon bersusah payah. 

Cinta platonik juga buat kita cuba protect mereka seperti saudara sendiri. But actually, cinta platonik is more beautiful than the real love. Untill now i still keep my 'cinta platonik' in my heart. As long as ur friend never take it seriously about your feeling towardS him/her and try to appreciate ur feeling as friend, i believe its ok.

Cinta sebenar antara lelaki dan perempuan bukan tidak indah,cuma ia tidak boleh jadi seperti cinta platonik. Sayangkan rasa cinta yang ada,akan hilang selepas wujud perkataan break off.

Mungkin tak semua lah cinta sebenar macam itu. Mungkin ada yang langsung tak bertegur siapa selepas break off, dan mungkin juga masih ada yang boleh bertegur siapa. But cinta itu tidak boleh kekal dalam hati seperti cinta platonik. Kan??

Pernah dengar " Dari sahabat boleh menjadi cinta,tapi amat sukar untuk dari cinta menjadi sahabat". Aku percaya ramai yang pernah dengar but still terjebak dari sahabat menjadi cinta. But terlalu sedikit yamg boleh kembali menjadi sahabat.

I glad to had this feeling. I hope i will keep u (friends) till the end. Lets be friend forever and keep our cinta platonik as long as u are not marry yet. Hahhaaa. ;P

ps: jangan takut untuk sembunyikan rasa cinta jikalau ia memberi kebaikan, jangan takut menyatakan cinta supaya tiada sesalan. :)

Sunday 6 July 2014

cinta ? memiliki atau xsemestinya memiliki

bila berjanji jangan sampai kelangit ...


Masa hangat bercinta semuanya terasa begitu indah sekali kan? Tapi bila cinta telah ternoktah atau berakhir episodnya. Maka bermula episod duka baru dalam hidup. Segala kasih sayang yang pernah dipertaruhkan bertukar menjadi benci sekelip mata. Paling nyata akan terkeluar perasaan menyesal atas segalanya. Menyesalnya mengenali si dia…Menyesalnya menyintai si dia..Betapa sia-sianya cintaku pada si dia…dan sebagainya.
Jarang kita dengar orang yang bersyukur apabila ditakdirkan perpisahan itu berlaku. Tetap terasa bahagia walaupun berpisah. Kalau ada mungkin kureng. Hehe.. Tapi pernah tak sedetik kita berfikir. Bahawa terdapat seribu hikmah perpisahan?? Mungkin hikmah perpisahan ini makin mendewasakan kita? Mungkin juga perpisahan ni bakal menemukan kita dengan cinta yang lebih indah?
Rasanya tak perlu kita rasa menyesal atau terlalu bersedih di atas perpisahan yang berlaku. Kerana cinta yang sejati tak semestinya memiliki. Sekadar melihat si dia yang pernah kita sayangi berbahagia juga mampu membuat kita gembira. Dan kita juga perlu berusaha mencari kebahagiaan milik diri kita sendiri. Tak perlu ada hasad dengki atau mendoakan si dia menderita, tak bahagia atau semua yang buruk. Segala perasaan benci, berdendam hanya membuatkan hati kita tidak tenang.


Jalan terbaik lepaskanlah si dia dengan ikhlas. Jika benar sudah termaktub di loh mahfuz bahawa jodohmu dengan si dia. Walau ke hujung dunia sekalipun, akan ketemu jua. Tapi kalau sudah bukan jodoh berdua, usaha sekeras mana pun takkkan berhasil. So, cubalah melihat ke hadapan. Kerana kadang2 pabila kita terlampau mengejar bahagia yang tak mungkin kita gapai. Sehingga kita tak terlihat kebahagiaan yang sudah lama berada di depan mata.

*SELAMAT MALAM
*Dont stop pray for gaza and our muslim brothers and sisters all over the world. May Allah ease everything